senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Thursday, 7 April 2011

jOm kenali diri kiTa...




BAYANGKAN situasi ini. Fareed, remaja berusia 17 tahun dilahirkan dalam keluarga sederhana. Pendapatan bapanya kecil ditambah bilangan adik-beradik ramai membuatkan zaman remajanya tidak seperti rakan sebaya yang lain.
Bagaimanapun, hidup Fareed tetap bahagia. Sikap keluarganya yang mementingkan kasih sayang mendorong Fareed berjaya dalam setiap peperiksaan di sekolah.

Kehidupan itu menjadikan Fareed seorang yang berdikari, yakin dan menghargai diri sendiri. Paling penting, Fareed mengenali siapa dirinya.

Apa yang pasti, semua orang inginkan kehidupan sempurna dan bahagia. Namun tidak semua memilikinya kerana kebahagiaan itu tidak datang bergolek tetapi perlukan pengorbanan, usaha dan kesungguhan.

Bagaimanapun perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengkaji diri anda sendiri. Lebih banyak anda mengenali diri sendiri, lebih mudah anda mengawal diri agar sentiasa tenang dan bebas daripada kerunsingan.


Berikut 10 tip bagaimana mengenali diri:



- Percaya kata hati

Jika sukar untuk membuat keputusan, percayalah pada kata hati kerana hati sememangnya tidak pernah berbohong.



- Kenal emosi dalam diri

Cuba kenal pasti tanda yang boleh menyebabkan emosi sering terganggu, marah, kecewa atau curiga. Semakin banyak anda mengenali emosi, semakin mudah anda mengawalnya.



- Bertanggungjawab

Bertanggungjawab terhadap diri sendiri adalah satu perkara yang perlu ada dalam diri seseorang. Contohnya, melakukan perkara baik yang mendatangkan manfaat kepada diri.



- Bersikap terbuka

Bersikap terbuka dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa mampu mengubah diri menjadi remaja yang berjaya. Anda bukan saja mudah bergaul tetapi mudah diterima orang sekeliling yang senang dengan kehadiran anda.



- Bersikap jujur

Anda akan rasa bahagia sekiranya bersikap jujur dengan diri sendiri dan orang lain. Anda tidak perlu menjadi hipokrit atau bermuka-muka, sebaliknya jadilah diri sendiri walaupun dengan penampilan sederhana.



- Terima perubahan

Sikap mudah menerima dan menyesuaikan diri terhadap sebarang perubahan pada diri dan sekeliling anda akan membuatkan pergaulan bersama kawan bertambah rapat.



- Beri dorongan pada diri

Sokong dan dorong kata hati dan diri sendiri supaya hidup menjadi lebih sempurna dan bahagia. Ia sekali gus membuatkan anda menjadi seorang yang tidak membosankan.



- Kenali kekuatan dan batasan diri

Tonjolkan kekuatan dan kelebihan yang ada dalam diri anda. Ia bukan bermakna anda seorang sombong atau meninggi diri tetapi sebenarnya membantu anda menjadi lebih yakin.



- Kenali perkara disukai dan sebaliknya

Tahukah anda perkara yang disukai boleh mengembangkan minat dan keinginan anda untuk menjadi yang terbaik, manakala perkara yang tidak disukai boleh menyebabkan anda sering berasa tertekan. Jadi, kenal pasti apa yang anda sukai dan jangan biarkan perkara yang tidak disukai mengganggu ‘mood’ anda.



- Kembangkan kemampuan diri

Berdasarkan kepada kemampuan diri, anda seharusnya berusaha mengembangkannya dan cuba hargai diri sendiri. Ia penting untuk mencapai hidup bahagia.



waALLAHualam...



2 comments:

Kiasan Hidup said...

terima kasih ats perkongsian...lama dh xbaca buku motivasi..(:
mohon share.

Iwahashi said...

ساي اد ساتو فرسوءالن

kenal diri tapi...hakikatnya...kekuatan utk berubah tidak kuat...apa pendpt cikgu?sekadar alasan atau...

Followers