Wahai kengkawan, Walau pon dikategori dah melencong jauh dari islam tapi orang ramai masih menyokong rancangan ini dengan mengundi peserta peserta. Kan. Ni la rancangan yang paling mengejutkan saya bila subscribe pada ASTRO...tak sangka ade Melayu Muslim macam ni....Ni la first time tengok perangai -perangai hipokrit yang berpura pura sedih, gembira, keazaman, kesungguhan konon-kononnya untuk menjadi model dan memenangi hati pengundi -pengundi SMS...hehehe....kesian budak budak tu yang terinaya...fikir-fikirkan lah..mahu kah kita lihat perkara-perkara ini erjadi pada ahli keluarga kita??
|
tidak salahkah??
|
|
anda nilai.. |
Merujuk kepada tajuk utama ruangan SENI dalam akhbar Utusan Melaysia bertarikh 22.7.2003 iaitu rencana bertajuk "Akademi Fantasia-Penonton Semakin Emosi" oleh Rosli Manah. Kesimpulan ringkas yang dapat dibuat berdasarkan rencana akhbar tersebut ialah kekecewaan kebanyakan penonton-penonton mengenai undian secara sms yang dibuat oleh penonton-penonton di rumah.
Saya tidak mampu memberikan komen yang panjang lebar berkenaan undi sms yang dipertikaikan tersebut memandangkan sebenarnya saya memilih untuk kurang prihatin tentang pertandingan tersebut secara keseluruhannya (dan juga apa-apa pertandingan yang seumpama dengannya).
Walau bagaimanapun (akibat tiada pilihan untuk menukar iaran kerana majoriti ahli keluarga memilih untuk menonton siaran ini), hati saya sangat-sangat "tersentuh" menonton rancangan ini terutamanya adegan-adegan emosional di penghujung rancangan ini. Bagi mereka yang berpeluang mengikuti rancangan ini di saluran ASTRO setiap hujung minggu (TIDAK bertujuan
mempromosi ASTRO) akan berpeluang melihat
adegan-adegan emosional di hujung rancangan iaitu
apabila pengacara Akademi Fantasia mengumumkan nama peserta yang telah mendapat undi secara sms yang paling sedikit (tercorot) dan terpaksa dikeluarkan dari pertandingan untuk minggu yang seterusnya.
Di antara adegan-adegan "sayu dan memilukan" ialah tangisan-tangisan dan PELUKAN-PELUKAN mengucapkan selamat tinggal dan COMFORTING HUGS & KISSES peserta-peserta lelaki dan wanita dan juga pengacara (termasuk juga para pengkirtik dan guru-guru peserta-peserta yang berada di bawah pentas) yang ditunjukkan SECARA LANGSUNG di hadapan penonton di
Pentas Percubaan di sebuah IPTA dan juga penonton di rumah. Seterusnya adegan-adegan "sayu dan memilukan" ini disulami dengan kata-kata memberi semangat agar peserta yang telah terkeluar dari pertandingan tidak berputus asa dan usah terlalu bersedih hati?.
Adalah sangat memeranjatkan bagi seorang yang mengakui sebagai Melayu Muslim yang menonton siaran ini untuk kedua kalinya Ahad lalu apabila saya menyaksikan SECARA LANGSUNG lelaki dan perempuan yang KESEMUANYA mempunyai nama yang berbunyi Melayu dan juga berbunyi Muslim (kecuali seorang peserta bukan Islam) BERPELUKAN DAN BERCIUMAN PIPI seperti lagak di
Hollywood dalam GRAMMY AWARD atau OSCAR atau rancangan-rancangan hiburan negara-negara barat yang sewaktu dengannya.
Apa yang lebih memeranjatkan ialah tingkah-laku dan adegan peluk-cium ini dilakukan di hadapan keluarga termasuk ibu dan bapa peserta-peserta yang juga terpaksa saya anggap masih Melayu (dan tetap Muslim) ini.
Apakah sudah hilang rasa MALU DAN SEGAN sehinggakan peserta-peserta termasuklah guru-guru dan pengkritik tanpa segan silu berpeluk cium di antara lelaki dan perempuan sedangkan mereka SEPATUTNYA mengetahui bahawa "sentuhan kulit ke kulit" apalagi peluk cium di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah HARAM.
Apakah mungkin kerana contoh sikap "TIDAK APA"
ibu-bapa (termasuk ibu bapa dan kaum keluarga
peserta-peserta) yang menyaksikan adegan-adegan ini secara langsung di hadapan mata masing-masing yang telah menyebabkan moral anak-anak Melayu (yang dianggap Muslim) kini semakin songsang hari demi hari.
Begitu sekalikah songsangnya nilai diri dan cetek dan hampir tandusnya pemahaman tentang hukum tatasusila sebagai orang Melayu (yang dianggap Muslim) sehinggakan adegan-adegan tersebut tidak lagi dianggap SALAH atau TIDAK SOPAN atau HARAM malahan adegan-adegan peluk-cium tersebut adalah PERKARA BIASA dan NORMAL disaksikan dan dibiarkan seolah-olah ianya
BIASA dilakukan setiap hari sesama sendiri tanpa
mengira sempadan aurat dan halal-haramnya hubungan lelaki dan perempuan (yang dianggap) Muslim.
Tidak terdetikkah di dalam hati ibu-ibu dan
kakak-kakak dan adik-adik yang nampaknya bertudung tersebut (lantas menggambarkan bahawa mereka adalah Muslim) bahawa adegan peluk-cium yang ditunjuk secara terang-terangan di hadapan mereka dan secara langsung
di dalam televisyen adalah SANGAT TIDAK SOPAN DAN HARAM dan amat memalukan bangsa dan ugama sendiri. Atau sebenarnya tiada istilah "batas hubungan lelaki perempuan yang bukan mahram" dalam kamus hidup mereka?
Jika beginilah sikap "TIDAK APA" para ibu bapa dan
keluarga peserta-peserta tersebut yang berbangsa
Melayu (yang dianggap Muslim yang beriman) yang
menyaksikan adegan peluk-cium di dalam rancangan ini SECARA LANGSUNG DAN DI HADAPAN MATA SENDIRI TAPI MEMBIARKAN DAN MEREDHAINYA, maka tidak perlulah kita menyalahkan rancangan-rancangan barat yang kononnya telah menyebabkan hancur-punahnya akhlak dan moral remaja masa kini kerana sebenarnya ibu-bapa seperti contoh yang ditunjukkan dalam rancangan siaran langsung tersebut, yang telah redha dan membiarkan sahaja anak-anak mereka bebas untuk menyalahi batas
hubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Apalah sangat mempersoalkan keputusan undi sms yang dikatakan tidak logik dan tidak munasabah tersebut sekiranya masyarakat kita terutama yang Melayu yang mengakui Muslim, merelakan adegan peluk-cium mengucapkan selamat tinggal(comforting hugs and kisses) di antara lelaki dan perempuan yang ditonjolkan secara langsng di hadapan mata masing-masing.
Kemungkinan adegan-adegan tersebut dianggap sebagai "small atau mild hugs and kisses" tapi apakah yardstick yang cuba diletakkan sebenarnya? Apakah nilai keislaman yang berjaya ditonjolkan oleh rancangan ini selain daripada para peserta yang namanya Melayu dan justeru dianggap Muslim itu. Atau sebenarnya adegan peluk-cium dalam rancangan ini sebenarnya membuktikan budaya masyarakat Muslim
Malysia yang melayu sama sahaja dengan budaya
masyarakat non-muslim yang bukan melayu?
|
1 comment:
yang haram dihalalkan. itulah yang banyak kita dapat lihat sekarang
selamatkanlah saudara se Islam ku Ya Allah
Post a Comment