" akU hanyalah inSan biaSa yang akan sentiaSa mengharapkn keredhaan Illahi"
senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...
Friday, 22 April 2011
mengaPa kita sebagai orang ISLAM perlu kecewa??
Frust , kecewa dan putus asa sering melanda kebanyakan masyarakat hari ini.Ada isteri yang kecewa dengan suaminya, suami kecewa dengan isteri, ibu bapa kecewa dengan anak-anak. Tak kurang juga yang kecewa melihat orang lain beroleh kejayaan, sedangkan diri sendiri masih kekurangan.Kecewa sering dikaitkan dengan stress dan dalam keadaan stress manusia boleh bertindak di luar dugaan.Islam agama motivasi, agama memajukan diri dan mempertingkatkan prestasi hidup dalam segala bidang.Oleh itu, tidak timbul rasa kecewa atau putus asa, sekiranya tidak berjaya setelah penat berusaha. Ini kerana bagi orang-orang beriman, mereka tahu sebagai hamba, mereka tidak berhak terhadap sesuatu melainkan yang telah Allah S.W.T tentukan.
Setiap orang memang dikehendaki berusaha, tetapi sama ada berjaya atau tidak, hanya Allah yang menentukan. Setiap sesuatu itu ada hikmahnya yang Allah rahsiakan. Perkara yang seseorang itu rasa baik tidak semestinya baik di sisi Allah. Sebaliknya yang tidak baik pd kita, tidak semestinya tidak baik pada Allah. Manusia cuma nampak pd yang baik. Pada hal dalam perhitungan Allah, ada perkara yang kita tidak suka tetapi disukai Allah. Misalnye dalam kehidupan berumahtangga seperti dijelaskan dalam Firman Allah S.W.T yang maksudnya :
Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. (A n Nisaa :19).
Sebagai contoh lagi: A keluar rumah berusaha untuk mencari rezeki,manakala B tidak keluar rumah. Walaupun A tidak berhasil, sebab Qada Tuhan dia memang tidak ada rezeki hari tu. B tidak boleh berkata: untung aku tidak keluar, tidak berusaha, sedangkan A yang berusaha pun tidak mendapat hasil. Mungkin A berusaha mencari rezeki dan dengan Qada Tuhan tidak berhasil, tetapi Allah redha dan berkati usaha itu A diberi ganjaran pahala.
Menyerah diri tidak bermakna berserah bulat-bulat seperti kata-kata: Memang sudah ditakdirkan hidup saya miskin. Tetapi setakat mana usaha yang telah dilakukan. Jika belum berusaha tidak boleh berkata, ia adalah takdir.Ketenangan jiwa diperolehi oleh orang-orang yang pasrah menerima sesuatu itu sebagai ketentuan Allah.
Firman Allah S.W.T yang maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." (Al Anfaal:2)
Manusia mudah berputus asa kerana melihat sesuatu dari satu sudut sahaja. Mereka lupa di sebalik kelemahan mereka itu ada kekuatannya dan disebalik kekuatan mereka itu ada kelemahannya. Kecemerlangan seseorang tidak seharusnya dilihat dari segi kejayaan akademik atau kekayaan sahaja, tetapi cemerlang manusia sepatutnya dilihat dari berbagai sudut umpamanya hari ini ramai orang kecewa apabila anak mereka tidak cemerlang dalam pelajaran kerana jarang orang melihat kecemerlangan dalam bentuk anak soleh dan berakhlak mulia.
Janganlah beranggapan apabila Allah memberi Rahmat dengan rezeki melimpah ruah sebagai satu nikmat semata-mata, sebaliknya anggaplah ia juga satu ujian kerana ujian Allah tidak semestinya dalam bentuk kesusahan. Ramai orang yang diuji dengan kesusahan menghampirkan diri kepada Allah, tetapi tidak ramai orang yang diberi nikmat semakin mendekati Allah. Kehidupan kita ada dua dimensi masa-tidak semestinya di dunia susah di akhirat pun susah.
Tidak semestinya di dunia senang di akhirat juga senang. Bergantung kepada pengisian dan amalan semasa hidup.
Allah S.W.T berfirman: Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya? Maka apakah orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik(syurga) lalu ia memperolehnya, sama dengan orang yang Kami berikan kepadanya kenikmatan hidup duniawi, kemudian dia dihari kiamat termasuk orang-orang yang diseret ke dalam neraka? (Al Qashash:60-61)
waALLAHualam..
No comments:
Post a Comment