senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Tuesday, 12 April 2011

coretan bUatmU bakal iSTerikU...bacalah isi hatikU ini...





wahai bakal isteriku...




jam menUnjukkan 3.56 pagi. pagi hari selasa yang tenang dan mendamaikan.
lantas dirikU ingin meluahkan apa yang terbuku dalam hati ini.

pada 1/4/11 hari jumaat yang lalu.. ana telah membuat sesuatu keputusan. keputusan yang ana percaya mampU bakal mengubah siapa diri ana ini. tiada apa yang ana harapkan melainkan redha dari ALLAH swT.


bacalah...


Untuk bakal isteriku..


disaat tangan ana ini mula menulis apa yang bermain dalam hati ana saat ini, ana mula tertanya-tanya adakah ana sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. mencari teman hidUp ana ini... 

Bukanlah niat ana ini disertai oleh nafsu semata, tetapi atas keinginan sebagai seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “Kau tercipta untukku.”..tapi apakah ertinya ungkapan ini ? 




wahai bakal isteriku...


dan dari mana kita akan mendaPat tahU seseorang itU telah tercipta untUk kita?? jawapannya, hanya pd ALLAH lah kita sepatUtnya meminta dan bermOhon agar pilihan yang akan kita bUat nanti tidak tersasar dari apa yg digariskan oleh ISLAM.. sesUngguhnya ISLAM itU indah dan segala yang ditetaPkan oleh ALLAH meruPakan yang TERBAIK bUat hamba-hambanya...

ana awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. ya, memang..ana sedar bahawa rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diri ana sekarang, baru kini ana mengerti bahawa akan sampai pada satu hari nanti, ana harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diri ana, iaitu dirimU wahai bakal isteriku. 

dan mulai saat ini, ana sUdah mula mempersiapkan diri ana dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.


saat diijabkabulkan.


wahai bakal isteriku...


ana mahukan pertemuan kita yang pertama ana akan kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ana ini. ana sedar.. banyak lagi yang perlU ana pelajari..ana cuba untuk mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus ana galas ketika dipertemukan dengan dirimu nanti. 

ana akan cuba membataskan perbicaraan ana dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana ana risau ana akan menceritakan rahsia diri ana kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui diriku ini.




wahai bakal iSTeriku..


ana hanya mengharapkan keredhaan Allah dlm khidUpan ana ini. kerana sesungguhnya segala yang datang dalam hidup kita ini akan ada hikmahnya... Yang ana takuti, diri ana ini sudah mula didekati oleh wanita kerana harta dan perwatakan ana.

Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. ana menjadi risau, iman ana lemah. 

Diri ana ini sebenarnya tidak dapat menahan dari fitnah ini.


Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”

Ana khuatir akan amalan ana ini bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya.

Ana memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Ana khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diri ana ini dicampakkan ke neraka yang sangat dasyat itU nanti... meninggalkan kau seorang diri di syurga.




wahai bakal isteriku..


Ana berasa bersalah saat ini kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan ana curahkan kepada wanita lain. 

Ana sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. sebiji PERMATA..indah..namUn sukar diperolehi. bagai sebutir mutiara di dasar laut. jauh nun di dasarnya...biSa dimiliki oleh yang benar-benar layak.

sebutir mutiara yang indah.


dan


ana pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diri ana, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. 

Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. 

Janji Allah pasti ana pegang dan sematkan dalam hati ini, dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.”


Jiwa remaja ana ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu.

tunggulah ana wahai bakal isteriku.


dan ana tidak mahu di sana engkau setia menunggu diri ana, tetapi di sini ana curang kepadamu andai ana telah bermain dengan cinta fatamorgana, cinta dunia. 

Sampaikan doamu kepada diri ana agar ana dapat menahan gelora jiwa ini, disamping ana meminta sendiri pada ALLAH agar diperlindungi diri ini dari segala maksiat.



"Bukan harta, rupa dan keturunan yang ana pandang dalam mencari dirimu sebenarnya."


Cukuplah agamamU sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana ana melamarmu,
akan ana lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita.

Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta,

wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

“Kawinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama.





Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ana jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ana jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita.

Akan ana jadikan akad nikah itu sebagai cop HALAL untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita,Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian.

Doakan diri ANA ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.




"wahai saudari seakidahku,  carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu, yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya, dan lelaki yang membangunkanmu untuk bangun beribadat bersama-sama pada 2/3 malam…."




inSyaALLAH...waALLAHualam...





5 comments:

cikgu ayu said...

assalamualaikum...

satu ketenangan rasanya bila ana membaca entri dari saudara.

jagalah batas pergaulan saudara, insyaAllah sauadra juga akan menjumpai bakal peneman yang menjaga batas pergaulannya.

moga bertemu dengan pilihan hati. wassalam

Hamba Allah said...

syukran ya ukht..

inSyaALLAH..ana akn cUba..pd ALLAH jua tmpat ana berserah..

kerana DIA Maha Mengetahui apa yg tidak kita ketahUi...

waALLAHualam...

Unknown said...

sUka dengan coretan ini.. ^^

Myra S said...

ikhlas dlm mencari

Hamba Allah said...

mencari teman sejati..

Followers