" akU hanyalah inSan biaSa yang akan sentiaSa mengharapkn keredhaan Illahi"
senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...
Monday, 31 May 2010
Kisah Cintaku untuk renUngan semUa dan dikOngSi berSama...
Nak share ttg KEKASIH aku? (aku type huruf besar tu sbb aku terlampau sangat sayang kat DIA! )
Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct!
Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah…KEKASIH,
Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham. Sebelum ni, aku pernah gak frust. la masa tu. Ye la, banyak menda yang aku nak tak dapat.. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun. Cuma aku je yang jeles ngan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih… what you give, you get back…so, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la,
Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam …area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindulah! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya …millionaire …billionaire…dan ntah apa-apa naire lagi… Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support…caya tak? Free of charge…Tapi aku tak sedap hati la…m estilah kena hargai apa yang DIA bagi tu,
Emm…aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la… tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal. Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku,
KEKASIHKU..AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI… WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA… ITULAH KEKASIHKU…ALLAH S.W.T..… CINTA TERAGUNGKU! MAY THAT KEKASIH, OUT OF HIS SHEER MERCY, GRANT US ALL THAT TRUE AND PURE LOVE... AMIIN.
Sunday, 30 May 2010
Ingatlah,
Dalam kita melangkah…
Terkadang di uji dgn ujian yg terasa berat hingga kita terduduk & menangis…
Peritnya terasa…
Tapi ketahuilah & renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata ketika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali…
sejarah iman yg kian terkoyak
Lantaran ada langkah-langkah yg tersasar dari keikhlasan…
Semoga kita tabah & ditetapkan iman…
Ya Allah,
Sesungguhnya kerana Mu lah kami di sini,
dan sesungguhnya, kepada Mu lah kami Kembali,
Maka,
Bila tiba saatnya nanti,
Sehingga tiba detik itu,
Ku mohon agar Kau pelihara lah diri kami ini…
AmIn~
9 JENIS ANAK SYAITAN
Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun :
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia
berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin :
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan :
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan
kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para
ulama.
4. Haffaf :
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat
maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah :
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud :
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja
penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim :
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan
bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak
ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan
pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan :
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan
menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus :
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
ya-ALLAH...jaUhikanlah akU dan smUa umat iSLam dari smUa ini..amiin ya-ALLAH..