senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Sunday, 16 November 2014

Teori Kaunseling

Manusia menghadapi pelbagai cabaran kesan daripada globalisasi yang
melanda seluruh dunia. Impak kepada cabaran ini ialah kesihatan mental dan kehidupan manusia menjadi tidak berarah. Kaunseling pula ialah proses yang bertujuan membantu individu dalam menangani permasalahan yang dihadapi. Kaunseling yang berkesan ialah kaunseling yang bersandarkan teori kerana ia dapat memberi keyakinan dan hala tuju kepada kaunselor dalam menjalankan tugasnya. Kaunselor juga dapat memberi fokus tentang perkara yang dilakukannya terhadap kliennya melalui penggunaan teori. Penggunaan teori dalam amalan kaunseling juga akan membantu kaunselor dalam memberi sepenuh perhatian dan tenaga terhadap apa yang difkirkannya menjadi punca masalah yang dialami oleh klien.

Followers