senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Sunday 13 January 2013

siapakah itu seorang guru??



MURABBI- org yang mendidik; atau membimbing, pendidik; pembimbing;

MUADDIB -
pengajar; pengasuh; pendidik . 
(Rujukan: KAMUS DEWAN,EDISI KE-4. 2007. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. KUALA LUMPUR. m/s 1045)



(Maksud Menurut Kamus Al-Miftah, B.A-B.M-B.I, terbitan Al-Azhar Media)


Mendidik,mengasuh = 
رَبَّى : رَبَّ
-Murabbi perkataan asalnya 
مُرَبٍّ kemudian المُرَبِّي :
Pendidik;guru =
مُرَبٍّ - المُرَبِّي : مُثَقِّفٌ 
Yang dididik, yang diasuh = 
مُرَبٍّىرُبِّيَ 
Yang terdidik;yang berkelakuan baik =
مُرَبٍّىمُهَذَّب : مُؤَدِّب



MUDARRIS/MU'ALLIM

Pengajar;guru = 
مُدَرِّسْمُعَلِّم


MURSYID
مُرْشِد = Pembimbing; guru agama; pemimpin (dlm hal rohani); baik hidupnya, taat kepada Allah 


*Mursyid,muaddib,mu?allim,murabbi,mudarris, adalah membawa maksud yang sama sebagai pendidik.






*proud to be part of them..ya ALLAH..please guide us..

Sunday 6 January 2013

Isu Tiada Kaitan PBNJ





KOTA BHARU – Isu tebus kontrak antara Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan bekas penyerang The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang berpindah ke Johor tiada kaitan langsung dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).
Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, PBNJ sepatutnya tidak perlu memberi sebarang komen berhubung isu tersebut dan biarlah ia diselesaikan antara kedua-dua pihak sahaja.
“Tebus kontrak tiada kena mengena dengan pihak ketiga (PBNJ). Malah kenyataan dikeluarkan Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini (semalam) adalah bukti campur tangan di luar peraturan dan etika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“PBNJ hanya terikat isu perpindahan yang kita tiada halangan mengenainya apabila isu tebus kontrak Mat Yo selesai,” katanya melalui laman Facebooknya, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tunku Ismail yang mahu beliau hentikan sebarang kenyataan terhadap Mat Yo atau Wak Lan (gelarannya di Johor) dalam satu sidang media di Johor Bahru, semalam.
Dalam kenyataan Annuar itu juga, beliau turut mempertikaikan tentang jumlah RM250,000 yang sudah diputuskan FAM sebagai bayaran tebus kontrak.
Malah katanya, FAM masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya, tetapi FAM cuma menetapkan Kafa dan Mat Yo perlu memfailkan afidavit untuk dinilai oleh Jawatankuasa Status dan Jawatankuasa Rayuan.

Jangan duk balah la pasal seorang manusia ni, KIAMAT pun dah makin dekat..jom tambah PAHALA bukannya tambah DOSA...

Followers