senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Sunday 25 July 2010

bersangka baiK seSama sendiri..mamPukah kiTa??


Satu hal yang sangat penting sekali pada bulan syaaban ini jUga, ialah malam seperduanya (Malam Nisfu Syaaban).

Pada malam itu Allah S.W.T telah menurunkan rahmatnya kepada segala hambaNya yang meminta dan memohon kepadanya. Dan saat itu adalah saat yang sebaik-baiknya untuk memohon rahmat, hidayah dan taufik kepada Allah S.W.T. Maka kita kaum muSlimin dan mUslimaT pada saat yang amat baik dan ketika yang amat elok bermohon kepada Allah dengan hati yang khusyuk dan ikhlas agar umat-umat Islam beroleh bahagia di dunia dan akhirat.amiin ya-ALLAH...

hidUp kat dUnia ni cUma semenTara, yang kekaL cUma akhiraT sana....Oleh sebab itu mulai dari sekarang sewajibnya kita menilai semula diri kita bahawa sebenarnya umUr kita ini sememangnya bertambah setiap kali berakhirnya satu hari atau satu bulan. Lebih jelas lagi adalah saat untuk hadir ke pengadilan Yaumul Mahsyar kian dekat. yakni hari pengadiLan bUat kiTa..dihiTungkan kembaLi amaLan baiK mahUpun dOsa2 diri kiTa ini..naUzubiLLAH...

Ini kemungkinan yang kita lupa, kenapakah kita menjadi lupa?

Mungkin apa yang disebabkan kita sangka ialah segala sesuatu itu akan selalunya memihak kepada kita. Oleh itu alangkah baiknya setiap kali kita menghitung atau menilai semula diri kita maka kita hitung dan nilaikan semula apakah yang kita lakukan sepanjang hidup kita ini. Lebih-lebih lagi tentang amalan diri kita sendiri kepada Allah S.W.T. Atau apakah kita bertekad untuk meninggalkan segala kemungkaran dan kemaksiatan. Sudahkah kita cuba sedaya upaya atau melaksanakannya.??

Dan begitu juga sekiranya kita bersungguh-sungguh berazam melakukan kebaikan dan kebajikan. Sudahkah kita berusaha untuk mengubahnya supaya menjadi baik.??? Jika kita selalu alpa kenapa kita tidak cuba waspada.??

Dan jika ternyata kita tergolong sebagai umat yang belum termasuk ke dalam kategori umat yang menyumbangkan saham syariat agama. Kenapa kita tidak mula membetulkan haluan kita sebagai orang yang menghayati cara hidup beragama. tentang tUjuan kiTa dijadikan di mUka bUmi ALLAH ini... Sebagaimana yang kita maklum, bahawa agama Islam adalah satu agama yang dapat menyelamatkan semua insan. Oleh itu kita sewajibnya memastikan atau menjadikan saudara se-Islam itu sebagai saudara yang sejati sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat".

Daripada ayat di atas jelaslah kepada kita bahawa setiap individu muslim mukmin itu adalah saudara kita. Oleh itu sewajibnya kita memelihara ikatan persaudaraan yang kukuh dan jauhkan daripada sifat buruk sesama manusia.

Para
ulama' silam dan hari ini banyak mengajar kita betapa perlunya kita menjadi manusia yang berbaik-baik antara satu sama lain dan maaf-bermaafan sesama saudara Islam.

Oleh kerana Rasulullah s.a.w sentiasa mengekalkan umatkan jadi pemaaf bermakna apabila akal kita dapat berfikir tentang pengertian maaf dan hati kita dapat menghayatinya betapa besarnya hikmah maaf itu maka dengan sendirinya kita akan terlepas daripada hinggapan sifat-sifat buruk yang termasuk dalam sifat-sifat mazmudah yang tidak dikehendaki oleh Islam itu sendiri.

waALLAHuaLam..


pengahyaTan kiTa akan bULAn syaaban


bULan syaaban ? sejaUh mana penghayaTan kiTa tentang bULan ini..renUngkanLah..

Sebagaimana yang kita maklum, bahawa bulan Rejab adalah bulan ujian, bulan Ramadhan adalah bulan latihan manakala bulan Syaaban adalah bulan persiapan...

Untuk itu marilah kita beramal untuk akhirat seolah-olah kita akan mati eSok hari dan jika untuk uSaha keduniaan mestilah kita anggap bahawa kita akan hidup selama-lamanya...ini tidak, maSih sUka bertanggUh dalam melaksanakan tUgaS temasuklah diri saya ini...sesUngguhnya syaiTan amaTlah sUka melengah-lengahkan manUsia agar terleKa dalam menjaLani kehidUPan seharian...

Segala pekerjaan yang baik janganlah ditangguhkan mengerjakannya sampai esok tetapi hendaklah dikerjakan sekarang juga dengan seberapa segera kerana nyawa dalam genggaman Allah S.W.T...

sepaTuTnya, sempena bulan Syaaban ini marilah sama-sama kita perbanyakkan amal soleh serta bertaubat kepada Allah S.W.T sebelum tiba ajal maut kerana sebagaimana yang kita maklum bahawa bertaubat itu merupakan satu kewajipan demi memastikan kita bersih dari dosa sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Bertaubatlah kamu semuanya kepada Allah S.W.T wahai orang yang beriman semoga kamu berbahagia". (Surah an-Nur:31)


oleh itu dalam hal ini hindarkanlah dari sifat putus asa atau beranggapan Allah S.W.T tidak mengampuni dosa kita lantaran terlalu banyak berbuat noda dan doSa.

Pernah seorang pemuda menangis dan pergi ke rumah Rasulullah s.a.w kerana dosanya yang banyak dan rasanya sudah sampai dikemuncak, tetapi akhirnya diampun juga oleh Allah S.W.T.

Dengan ini adalah penting bagi bertaubat kepada Allah S.W.T kerana orang yang bertaubat itu dianggap tidak mempunyai dosa lagi.


"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya)".

Saturday 24 July 2010

keceWa dengan hidUp??


pernah taK raSa tersangat kecewa hingga difikirkan sangat lemah unTuk menerUskan hidUp nie??


meSTi ada yang pernah dan meSTi yang tak pernah kerana meraSa tabah dalam menjalani setiaP ujian dalam hidUp ni kan...

banyak sebabnya kan?? Kita kecewa apabila pilihan hati dan pergi dan melUpakan kita...ataUpun kita jadi berdUkacita kerana tidak berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. dan sebagainyalah..

Pendek kata, kita memang dan paSTi merasa hampa kan apabila sesuatu yang kita kejar tidak kesampaian. ingaTlah bahawa setiap keputusan yang berlaku ke atas diri kita merupakan ketentuan atau qada’ dan qadar Allah kepada kita, baik yang seiring dengan kemahuan kita mahupun tidak adalah rahmat daripada-Nya.

Allah SWT berfirman mafhumnya:

”…. dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu,sedang ia lebih baik dari kamu; sedang ia melarat kepada kamu. Dan Allah mengetahui tapi kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah:216)


Pengetahuan kita tentang baik atau buruk sesuatu yang kita kejari itu jaUh lebih cetek berbanding dengan pengetahuan Allah SWT kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Kesemua pilihan atau ketetapanNya untuk setiap hamba seperti kita adalah yang terbaik dan paling tepat.

Rahmat dan pemberian Allah kepada para hamba-Nya datang dalam bentuk dan gambaran yang berbeza-beza. Adakalanya ia terhidang dalam bentuk kebaikan, iaitu ketetapan-ketetapan yang sealiran dengan apa yang dihasratkan oleh hamba-hamba-Nya. Adakalanya juga ia terhidang dalam bentuk keburukan, iaitu ketetapan-ketetapan yang bertentangan dengan apa yang dicita-citakan oleh hamba-Nya.

Al-Imam Ibnu Athaillah Assakandary ada berkata yang membawa maksud ;

“Apabila Allah memberi kepadamu, nescaya Dia saksikan kepadamu kebaikan-Nya. Dan apabila Dia menolakmu, nescaya Dia saksikan kepadamu kekuasaan-Nya. Maka Dia di dalam semua itu memperkenankan dan menghadapkan kepadamu dengan sifat kehalusan-Nya kepadamu.”


Jangan sesekali kita merasa ragu-ragu atau sangsi dengan kebaikan dan ketetapan Allah ke atas kita. Selagi kita bergelar mukmin selama itulah kita tidak perlu kecewa walaupun ketetapan yang menimpa kita tidak sepertimana yang kita jangkakan kerana ketetapan yang datang daripada Allah SWT itu adalah untuk kebaikan kita.

Rasulullah SAW yang mafhumnya ;

“Demi zat yang diriku ada ditangan-Nya tiadalah Allah menentukan sesuatu keputusan kepada hamba-Nya yang mukmin melainkan akan membawa kebaikan kepadanya….” (HR Muslim)


Golongan mukmin seperti kita wajib menyambut qada’ dan qadar Allah SWT dengan dada yang terbuka. Pilihan-pilihan Allah SWT untuk para hamba-Nya, adalah yang terbaik kerana Dia Maha Mengetahui. Allah SWT yang Maha Penyayang tidak akan sesekali menganiayai para hamba-Nya, malah ketetapan-ketetapan-Nya ke atas kita adalah untuk memastikan kita semua beroleh kebaikan sama ada di dunia mahupun di akhirat jangan ada keraguan lagi dalam hati kita, seolah-olah yang lain dari ketentuan-Nya itu lebih baik dan lebih sempurna.


Tiada ketentuan yang akan membinasakan hamba-Nya kecuali ke atas mereka yang tidak mengingati-Nya. Terimalah dan peliharalah ketentuan Allah dengan baik, sama ada dari segi rezeki, jodoh dan seumpamanya. Jika ketentuan itu selari dengan apa yang kita cita-citakan maka panjatkanlah kesyukuran kepada-Nya. Jika ketentuan itu bercanggah dengan hasrat kita sambutlah ketentuan itu dengan hati yang terbuka kerana mengikut ilmu-Nya, ketentuan tersebutlah yang terbaik untuk kita walaupun bertentangan dengan kemahuan kita yang asal.

Apabila kita menerima ketetapan-ketetapan Allah dengan penuh ikhlas maka akan terpadam rasa kekecewaan dan keresahan. Kegagalan tidak lagi kita rasa sebagai kegagalan. Kesusahan tidak lagi dirasai sebagai kesusahan. Apa sahaja ketetapan Allah SWT ke atas kita umat Islam, sama ada ia seiring dengan kemahuan kita atau sebaliknya, kesemuanya untuk kebaikan kita. Walau setiap sesuatu yang tidak kita perolehi itu digantikan Allah SWT dengan yang lebih baik daripada apa yang kita inginkan.

Walau apapun, percayalah dan yakinilah bahawa Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita berdasarkan ilmu dan kebijaksanaan-Nya.ALLAH tidak pernah menzaLimi hambaNYA...

wAllahu’alam…



ada ke bidadaRi di bUmi ini??

bidadari?? paSti digambarkar sebagai waniTa yang dijadikan ALLAH dengan sempUrna paraS mahUpun akhlaknya...


malah di syUrga kelak pUn ALLAH teLah menjanjikan bidadari yang akan menemani insan-inSan yang bakal mendiami syUrga ALLAH s.wT kelak...


Dalam sebUah buku "Temasya ke Syurga", karYa Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah teLah mengisahkan tentang bidadari-bidadari syurga.


Bidadari-bidadari itu adalah wanita yang menyenangkan dipandang mata dan mententeramkan hati setiap pemiliknya. Rupanya cantik jelita, kulitnya mulus. Ia memiliki akhlak yang paling baik, gadis, kaya akan cinta dan umurnya sebaya. Siapakah orang yang beruntung mendapatkannya? Siapa lagi kalau bukan orang yang syahid kerana berjihad di jalan Allah, orang-orang yang tulus dan ikhlas membela agama Allah...


Bidadari-bidadari bumi pula sudah ada semenjak Islam mulai bangkit lagi. Seperti apakah bidadari bumi itu? Apakah dia anak, adik, saudara perempuan atau apakah ia isteri dan ibu kita, atau ia hanya berupa angan yang sebenarnya boleh kita realisasikan, tapi syaitan kuat menahan?



Setiap perempuan BOLEH menjadi bidadari bumi, seperti apakah ciri-cirinya?


1. Ia adalah wanita yang diLihaT paling taat kepada Allah. waniTa sePerTi ini sentiaSa menyerahkan segala urusan hidupnya kepada hukum dan syariat Allah...bUkan menenTang hUkum yang ditetaPkan ALLAH...daripada hUkum bertudung hinggalah hUkum menjaga sOLaT..maSYaALLAH....semOga kiTa semUa tidak tergOlong dalam gOLongan2 ini..amiin ya-ALLAH..


2. waniTa yang teLah menjadikan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber hukum dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya...segenaP aspek..insyaALLAH..


3. Ibadahnya baik dan memiliki budi pekerti serta akhlak yang mulia...beradab sOpan..


4. Berbuat baik dan berbakti kepada orang tuanya. Ia sentiaSa mendoakan orang tuanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi keduanya...waniTa sePerti ini jUgalah yang dilihaT sebagai calOn iSTeri yang terbaik bUat kaUm adam agar dengan izin ALLAH mamPu menjamin kebahagiaan dan uTuhnya seSebUah keLuarga..


5. Ia taat kepada suaminya. Menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dengan kehidUPan yang islamik.menjaga sOLat dan mengamalkan membaCa AL-QUran.. Jika dilihat sUaminya, menyenangkan dan mententeramkan haTi bila berada dekatnya. Hati akan tenang bila meninggalkannya pergi. Ia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan dan memotivasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah...


6. Ia tidak bermewah-mewah dengan dunia, tawadhuk yakni merendah diri pada ALLAH mahUpun manUsia, bersikap sederhana. Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah, ia tidak berhenti belajar untuk bekal hidupnya.


7. Ia bermanfaat dilingkungannya. Pengabdiannya kepada masyarakat dan agama sangat besar. Ia menyeru manusia kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya yang lembut, hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas dan dengan hartanya...sentiaSa cUba untUk membahagiakan orang-orang di sekeLilingnya...


“Dan dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah” (HR Muslim)


“Ya Allah jadikanlah aku, ibuku, kakak dan adikku serta perempuan-perempuan di sekelilingku menjadi bidadari bumi. Agar kelak di syurga kami tidak canggung lagi.”
Amiiin Ya Rabbal ‘Alamiinn…


insyaALLAH bUat kaUm muslimah..semOga kebahagiaan di dUnia dan akhirat yang dicari bUkannya dUnia semaTa-maTa...ALLAH itU MAHA MENGETAHUi apa yang tidak kiTa ketahUi....


waALLAHuaLam...


Followers