senang-senang datang la lagi eyh..sahabaT amatlah dialU-alUkan...

Wednesday 30 June 2010

patUt ker kiTa terUs menghUkum??




bUat sahabaT yang baKal bergelar gUru...kalaU la, sUatu hari kan... student anda bUat salah..

anda terUs hUkum ker??

ke patUtnye kiTa tegUr dia dulu..caKap kat dia apa yang dia bUat tu salah....bagi dia pelUang...


mUngkin dia tak sengaja melaKukan keSiLapan itU kan..

maSyaALLAH..tidak ada aPa yang berlakU di dUnia ini dilUar pengetahUan ALLAH s.w.t.



dan berbaLik pada diri kiTa pUlak...

kiTa taK pernah bUat siLap ker??

cUba kalau kiTa waT siLaP dan orang terUs hUkum kiTa..serOnok ker sedih ??

fikir2kan lah..nObody is perfeCt kan??...ker kamU ni perfecT ??


teringaT pUlak akU pada lirik2 lagu nie

" theres many thing i wiSh i didn't do"
andai daPAt kUundurkan pUTaran dUnia, akan kUubah semULa kaTa2 dan tingkahlakUku...


dan kagum betul saya melihat perubahan manusia. Sangat mengagumkan lagi bile perubahan itu ke arah yang lebih positif. Manusia boleh berubah. Dari sesuatu ke sesuatu. Dari baik jadi jahat. Dari jahat jadi baik. Dari elok-elok bercinta bagai nak rak, melafazkan kata setia cinta, kepada caci maki hamun kutuk mengutuk, fitnah menfitnah. Mula-mula kata A kemudia kata B pulak. Manusia boleh berubah-rubah. Macam-macam perubahan yang boleh kita lihat yang terjadi kepada manusia. Ada jugak yang berubah dari sudut dalaman, tak kurang dari sudut luaran, dari gemok nak kurus, dari kurus nak gemok. Semuanya atas kemahuan dan kehendak diri itu sendiri sebenarnya. Dia sendiri yang mencorakkan diri dia yang sebenarnya. Seperti firman Allah SWT dalam kitabNya, dalam surah ar ra3du, 11 : 13 yang membawa erti : Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri.


Kita sama sekali tidak boleh serahkan kepada keadaan, takdir, alam sekeliling dan nasib untuk berubah. Akan tetapi dengan usaha yang begitu gigih, azam serta fokus kita kepada matlamat itu menjadi titik penentu keberjayaan untuk berubah itu. Sebagai contoh paling mudah, berazam untuk berhenti daripada merokok. Sepatutnya, kita kene setkan dalam minda kita, TAK NAK MEROKOK, caranya dengan menjauhi segala benda yang berkaitan dengan ROKOK dan fokus kepada matlamat untuk berhenti merokok. Janji pada diri, tegaskan dalam diri untuk tidak merokok lagi mahupun yang melihat apa-apa sahaja yang berkaitan dengan rokok itu. Contoh ini boleh dikaitkan dengan bende-bende lain yang kita ingin ubahkan itu.

AKAN TETAPI, KALAU BERCAKAP, MENAIP, MEMBERI NASIHAT ITU MEMANG MUDAH. Orang yang tidak merasai perkara itu dengan sebelah mata boleh berkata-kata tanpa melihat kepada si pelaku itu. Melalui saat-saat perubahan itu sangatlah perit. Berlawan dengan diri sendiri. Seperti berjihad di medan perang. Persediaan kene cukup mantap. Dari segi mental, fizikal dan rohani. Paling penting rohani itu. Jika rohani itu masih lemah, maka amat sukar untuk berubah secara keseluruhannya. Sebagai contoh lain pulak, bagi yang dah biasa minum arak ke, berzina ke. Bila mana mereka tidak mendapat bende2 itu, pastinya akan teringat2, lebeh teruk klu smpai tahap mengigil ke dek kerana nakkan bende itu.

Orang sekeliling juga memainkan faktor yang penting, kadang-kadang terus menyalahkan si pelaku atas kelakuan mereka itu. Terus menghukum tanpa memahami keadaan si pelaku apa tah lagi menyelami perasaan si pelaku. Si pelaku memang mempunyai perasaan yang amat kuat untuk berubah, akan tetapi cemuhan serta penerimaan masyarakat terhadap si pelaku itu kadang-kadang membuatkan si pelaku hilang semangat dan berputus asa untuk berubah. Tambahan lagi jika wujud komplot memulau serta mengumpat si pelaku akan menyebabkan si pelaku rasa sangat tersisih.

SEPATUTNYA, Masyarakat sekeliling kene support, membimbing si pelaku untuk menjadi lebih baik. Bukan hanya menyalahkan. Itu adalah tindakan yang salah!


bUaT yang mengenaLi diri ini..thanKs for baiK dengan saya...andai saya pernah membUat kesiLaPan saya minTa maaF eyh..



Tuesday 29 June 2010

indahnya kan wakTu bercinTa.....




engkau sUka aku pUn sUka
ke mana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdUa
naik baS, baSikal pun takpa
jalan tengah panas pUn takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua sUka tiada duka..


masa engkau sUka
aku pun suka
durian yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa..


masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe.
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.


BARU KAHWIN...

kau sangat
suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya dua minggu
terperap dalam bilik aje sampai
makan pun selalu terlupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk aku saja bila anak dua
lain pulak cerita,
kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.

sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya suka ke tak suka?...


keJaRLaH ALLAH..bUkANnya sYUrga..



Kejarlah Tuhan, jangan kejar Syurga-Nya
Tuan Syurga lebih utama daripada Syurga-Nya
Carilah Tuhan , janganlah cari fadhilat-Nya
Dapat Tuhan, dapatlah segala-galanya
Cari Tuhan kerana kita hendak memperhamba diri kita kepada-Nya
Cari Syurga atau fadhilat-Nya
Ertinya hendak membesarkan nikmat Tuhannya
Mengapa hendak memperbesar diri kepada makhluk
Memperhambakan diri kepada Khalik kan lebih utama
Mengejar fadhilat, rasa berTuhan tidak ada
Jika rasa berTuhan tidak ada,rasa kehambaan pun tidak ada
Sedangkan ffungsi hamba hendak melahirkan rasa kehambaan
Kalau rasa kehambaan tidak ada
Mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan
Kerana itulah orang yang beribadah
Kerana Syurga atau fadhilat
Perangainya tidak berubah
Bahkan adakalanya ibadahnya itulah
Yang menyuburkan mazmumahnya
Mengapa beribadah kerana Syurga dan fadhilat
Syurga dan fadhilat adalah hak Tuhan
Yang memang telah ditentukan-Nya
Carilah Tuhan
Dapat Tuhan, Syurga dan fadhilat-Nya dapat sama
Kerana itulah Syurga dan fadhilatnya tidak perlu difikirkan
Cari Syurga atau fadhilat
Syurga atau fadhilat belum tentu dapat
Tuhan sudah tentu tidak dapat
Yang hendak kita cintai adalah Tuhan
Kerana Dia Pencipta kita
Bukan Syurga dan fadhilat yang hendak kita cintai
Betulkan semula fungsi ibadah kita
Agar matlamat ibadah itu tepat kepada sasarannya...


renUng-renUngkan dan selamaT beramaL....



Lelaki Memang Berbeza Dari Wanita


Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:


Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.


Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.


Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.


Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.


Jangan paksa lelaki

Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.


Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.


Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.


Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.


Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.


Lelaki juga mahukan sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…"


Lelaki dan ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.


Lelaki mesra tanpa beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.


waallahualam...

6 Jenis Wanita Malang



Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, ?Aku membuat itu keranamu?.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising

Saturday 26 June 2010

erti seOrang sahabat...






Dalam hidup ini,


Kita tak punya sesiapa,kecuali diri sendiri....


Tetapi...dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana...


Mempunyai sahabat yang memahami kita,


Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang
sahabat,



Begitulah juga dirinya,


Tetapi kita sering lupa akan hal itu.





Cuma mengambil tahu tentang harapan dan perasaan kita,


Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,


Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya,


Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela
dirinya.






Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,


Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati,


Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita,


Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya.?


Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.tetapi kita sering
lupa..






Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,


Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya,


Dia mendengar luahan perasaan, segala rasa kecewa dan ketakutan
kita,



Harapan dan impian juga kita luahkan,


Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,


Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita,


Hingga kadang-kadang kita terlupa,


Sahabat kita juga ada
cerita yang ingin dikongsi bersama kita,



Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang
rasa bimbang dan rasa takutnya?



Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan
kita?












Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan rasa gembiranya?


Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya,


Sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa


dan menyerah kalah....?


Dapatkah kita yakinkah dia yang kita boleh dipercayai,


Boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar
tidak rebah..?






Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?


Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya
bercerita...



Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat...


Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut,ada rasa
bimbang,sedih dan kecewa....



Dia juga ada kelemahan dan memerlukan sahabat..


Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu....





Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia
tidak setabah yang kita sangkakan,



Disebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan...



Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan...


Kita tidak tahu...


Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,


Mungkin kita akan tahu...





RENUNGILAH....


HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL
SEGALA-GALANYA.




Cara untuk untuk kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan
balasan.



WALLAHUALAM...

ketenangan..sUkar diperolehi??



satU hari..akU berbUaL dengan seSeorang yang akU panggil abaH...

taK sedar terlaLu lama berbUal,jam di dinding sUdah pUkuL 3 pagi..beginilah rUtinkU biLa di rUmah..sentiaSa mendampinginya..memang banyak tegUran beliaU yang akU perOleh, tegUrannya untuk membeTulkan mana yang salah....akU masih menTah dalam hidUp ni..akU akUi..maSih banyaK kesilaPan yang akU lakUkan...

seRonok berbUal dengan beliaU....banyaK naSihat yang akU dapat dari beliaU...beliaUlah idOLa akU..


ya, walaUpun dia bUkanlah seOrang lUlusan ijAzah, maSter mahUpun pHD yang biaSanya jadi uKuran menilai kepandaian dan kehebaTan seSeorang,,tapi kata-kata beliaU membUat akU begitU kagum dengan cara beliaU berfikir..



cUma sekadar berkOngsi la kan...

katanya, dalam maSyarakat sekarang...kiTa memang patUt bUat baik, kalau kiTa tak tolong orang, maSa kiTa sUsAH, agak-agak ada tak orang nak tOlong ?? barU kiTA yang meminTa-minta...

taPi, kalaU dah bUat baik kat orang, jangan pUlak asyiK nak mengUngkiT..orang taK sUka.. ye la kan, dia sedaR dia dah terhUtang bUdi pada kITA..sOal dia nak baLaS balik ataU tak dan cara dia nak balaS tidaK patUt jadi perKara yang memeningKan kiTa..biarKan...

sebabnya, kiTa tOlong orang sebenarnya aPa yang kiTa nak?? nak daPat nama ? pangKaT ? ...kaLau kerana itu, itUlah yang kiTa dapat...taPi jiKa kita lakUkannya kerana ALLAH...sesUnggunya niKmaT dan dan ganJaran dariPada ALLAH tidak akan terhitUng oleh kiTa..

lalU akU bertanya " kenaPa orang sUsah nak ingat bUdi baik kiTa "

sePaTah jawapan yang kelUar dari beliaU..." manUsia "......

kenaPa??

manUSia ni sebenarnya sUsah kiTa nak cari yang aKan memahami kiTa...senang ceriTa, bUat baik kat orang jangan dUk ingat-ingat.. kalaU orang bUat jahaT kat kita pUlak, maafKanLah....

insyaALLAH kiTa aKan mendaPat sesUatU yang akU namakan sebagai 'keTEnangan'.......


wallahUalam...

cinTakah kiTa pada raSulullah ?



cUba kiTa renUngkan kembali.. ambil sejenaK maSa....sempUrnakah cinta dan kasih kita pada Rasulullah SAW atau hanya ungkapan di bibir cuma tanpa ada penghayatan di jiwa dan amal perbuatan..aPabila maUlidur raSul, sibUk berarak sambil melaUngkan selawaT ke ataS jUnjungan mUlia, Nabi MUhammad (saw)..taPi apa erTinya? Malu sendiri saya membicarakan tentang cinta pada Rasulullah..kerana diri sendiri jua tidak terlepas dari alpa menyempurnakan cinta pada kekasih Allah ini kerana lebih cinta pada kesayangan-kesayangan kita dan dunia yang fanaa ini..Astaghfirullah ala'dzim..


Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).



RenUngan berSama untuk diri-diri kita yang alpa..nyatakan cinta kiTa ini pada Rasulullah dan hidupkanlah sunnah harian Rasulullah dalam kehidupan kita. Antara sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.


Kedua :
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman...jangan biarKan al-QURAN itU sePi...berhabUk tanPa diSentuh..sesUngguhnya, ketahUilah....itUlah teman kiTa di kUbur kelak..

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah...insyaALLAH..hadis mengatakan, sesUngguhnya Nabi MUhammad tidak pernah sOlat berSendirian sePanjang hayatnya..kiTa pULa ?


Keempat :
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.. pahaLa sOlat dhUha adalah melebihi isi langiT dan bUmi..rebUTlah pahaLa ini sahabaT-sahabaT...

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari...sabda RaSulullah " akU berjanji , umaT akU tidaK akan miSkin keranan menderma" lihat, Nabi keSayangan kiTa dah berjanji sedemiKian, taKkan kiTa tak mahU percaya... baRangSiapa yang bersyUkur dengan reZeKi ALLAH yaKni dengan berSedeKah, ALLAH akan menambahkan lagi reZeki padanya..

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah...barangSiapa melaZimkan diri untUk beristigfar, aKan dikelUarkan dari segala maSalah dan diamPunkan dOsa-dOsa lalu..WAALLAHuALAM...


seKaDAR berpeSan sahabaT, kalaU kiTa bercinTa..kiTa akan sanggUp lakUkan segala-galanya pada keKasih kita bUKan?? kalau peremPuan, sanggUp berkOrban demi ''pakwe terSayang...dan jiKa lelaki pUla, sanggUp lafaZkan janji sehidUp semaTi mahUpun sUmPah setia...tapi biLa dah pUtus?? sia2 segalanya..percayaLah.... IsLam dah tetaPkan cara yang betUl mencari jOdoh , jangan trtiPu dengan tipU helah yahUdi dan caRa hidUp baRAT yang memenTingkan dUnia semata-maTa...sesUngguhnya seTiap yang bernyawa paSTi akan meraSai maTi....


Followers